fbpx

Pencalonan Peter Anthony ditolak punca rusuhan di Tenom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ketika sidang media berkaitan kejadian rusuhan pada proses penamaan calon Parlimen Tenom hari ini.

TENOM – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah mengesahkan kejadian rusuhan berlaku sewaktu proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Tenom adalah ekoran penolakan pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Berdasarkan pengamatan polis, seramai kira-kira 300 penyokong cuba merempuh masuk ke dalam dewan.

“Bagaimanapun, pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota Light Strike Force (LSF) dan Tugas Am serta dibantu anggota Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak menghalang penyokong dari memasuki dewan.

“Satu perbincangan turut diadakan antara peguam Peter, Pegawai SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Keputusan sudah dicapai untuk memastikan penyokong mematuhi arahan pasukan keselamatan dan seterusnya tidak bertindak liar,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom hari ini.

Terdahulu, rusuhan tercetus di luar pekarangan pusat penamaan calon Dewan Datuk Seri Panglima Antanom sekitar pukul 11.30 pagi tadi berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan Peter Anthony untuk bertanding bagi Parlimen Tenom.

Difahamkan, pencalonannya untuk bertanding di kerusi P181 Tenom ditolak atas alasan masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

Mengulas lanjut, Idris berkata, Peter Anthony pada pukul 12.32 tengah hari telah keluar dari dewan dan meminta penyokongnya supaya bersabar serta menerima keputusan SPR.

“Peter juga membuat satu laporan polis selepas tidak puas hati terhadap penolakan pencalonan beliau.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit,” katanya.

Tular beberapa video memaparkan kekecohan di luar perkarangan Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, hari ini sehingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata. – KOSMO! ONLIEN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI