fbpx

Abdul Rani tamat khidmat sebagai Pengerusi Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rani.

PETALING JAYA – Bank Rakyat mengumumkan penamatan perkhidmatan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar berkuat kuasa pada 31 Disember ini.

Sehubungan itu, Bank Rakyat dalam satu kenyataan turut merakamkan penghargaan kepada Abdul Rani sepanjang perkhidmatan sejak 1 Januari 2018.

Dalam kenyataan lain, Abdul Rani turut berterima kasih kepada pihak yang memberi sokongan sepanjang perkhidmatan beliau.

“Terima kasih kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar serta pengurusannya, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat.

“Tidak lupa juga kepada pihak berkepentingan, seluruh anggota dan pelanggan yang telah memberi sokongan terutamanya ketika berhadapan kemelut pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam masa sama, Bank Rakyat turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak sebagai Pemangku Pengerusi yang berkuat kuasa pada 1 November lalu.

Mohd. Irwan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 24 Julai 2020 dan beliau juga menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI