fbpx

Shila Amzah kembali tawan tembok besar China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA bercadang untuk untuk kembali merancakkan karier nyanyiannya di China bermula tahun hadapan.

PETALING JAYA – Selepas dihambat pandemik Covid-19 sekali gus membantutkan perjalanan kariernya di China, penyanyi Shila Amzah bersedia kembali menawan republik tersebut.

Shila yang pernah mencipta nama di negara Tembok Besar berkenaan yakin untuk sekali lagi mencuri hati peminat di sana menerusi kolaborasi Media Prima Berhad dan rangkaian televisyen terbesar di sana, Hunan Broadcasting System.

“Sejujurnya, saya yakin ada sesuatu yang berbeza untuk disajikan kepada para peminat (di sana).

“Saya yakin apabila berada di sana, saya tak payah buka mulut pun orang dah nampak saya kini berbeza. Nampak lain daripada kebiasaannya.

“Pada masa sama, cara nyanyian saya juga agak berbeza sekarang berbanding dahuu,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media pengumuman kolaborasi strategik dua konglomerat media dan hiburan tersebut, semalam.

Ketika karier nyanyiannya kembali diterima peminat di Malaysia, pemilik nama sebenar, NurShahila Amir Amzah, benar-benar berharap untuk sekali lagi mencuri hati peminat di negara yang memiliki 1.4 bilion populasi penduduk itu.

“Saya cuma perlukan the right team (pasukan yang tepat) dan the right time (waktu yang tepat) untuk betul-betul keluarkan satu lagu (berbahasa Mandarin) yang memang buatkan saya diingati semula di sana.

“Saya masih menunggu waktu yang tepat untuk buat itu. Sebab sebelum ini, kalau saya tergesa-gesa contohnya masa bulan Februari tempoh hari (2022) dah Tahun Baharu Cina, memang susah nak ke sana.

“Bila perayaan tersebut, orang di sana bukan cuti dua tiga hari. Mereka cuti terus sebulan dua bulan kemudian baru sambung (kerja).

“Jadi, kita perlu temukan waktu yang betul untuk ke sana. Saya pun kena sediakan diri dengan secukupnya, bukan main langgar,” katanya optimis untuk kembali ke China bermula awal tahun hadapan.

Sebagai batu loncatan untuk impian tersebut digapai, Shila, 32, akan muncul dengan program realiti, Shila Amzah Masterclass musim kedua.

Pelantun lagu Patah Seribu akan memikul peranan sebagai mentor atau guru demi melatih, membimbing dan menggilap bakat ke protege untuk menjadi penyanyi terkenal menerusi program terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI