fbpx

Korek hidung tingkat risiko nyanyuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKTERIA merebak ke dalam darah apabila mekanisme pertahanan semula jadi dikeluarkan. - Getty Images/iStockphoto

CANBERRA – Satu kajian baharu yang dijalankan di Australia mendapati bahawa perbuatan mengorek hidung boleh meningkatkan risiko nyanyuk ke atas manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian yang dijalankan Universiti Griffith itu mendedahkan bahawa perbuatan mengorek hidung boleh menyebabkan jangkitan bakteria meresap ke dalam darah dan terus bergerak ke otak.

Mekanisme untuk menghalang bakteria daripada memasuki otak seperti bulu dan lendir di dalam hidung berfungsi sebagai penghalang semula jadi.

Justeru, apabila seseorang mengorek hidung, mereka didapati mengeluarkan beberapa mekanisme pertahanan semula jadi tersebut.

Penyelidik melihat apa yang berlaku apabila saraf yang menghubungkan hidung ke otak terdedah kepada Chlamydia pneumoniae, sejenis pepijat yang biasanya tidak berbahaya yang menyebabkan masalah sinus.

Kajian yang menggunakan tikus itu mendapati paras bakteria dalam otak boleh dikesan dalam masa 72 jam dan dalam masa sebulan, tikus membina gumpalan plak protein yang dikaitkan dengan Alzheimer.

“Kami adalah orang pertama yang menunjukkan bahawa Chlamydia pneumoniae boleh merebak terus ke hidung dan otak di mana ia boleh mencetuskan patologi yang kelihatan seperti penyakit Alzheimer.

“Kami melihat perkara ini berlaku dalam model tikus dan buktinya berpotensi menakutkan manusia juga,” kata penulis utama kajian, Profesor James St John.

John berkata, pasukannya perlu melakukan kajian itu pada manusia dan mengesahkan sama ada laluan yang sama beroperasi dengan cara yang sama. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI