fbpx

Arul tuntut kebangkitan Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA tewas tiga gol kepada Korea Selatan menerusi pukulan sudut penalti di Stadium Hoki Azlan Shah malam tadi.

IPOH – Penjaga gol skuad hoki negara, Hafizuddin Othman menjadi sasaran kemarahan ketua jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj berikutan kekalahan 0-3 di tangan Korea Selatan pada aksi Piala Sultan Azlan Shah malam tadi.

Malaysia melepaskan tiga gol menerusi pukulan sudut penalti kepada Korea Selatan menerusi dua jaringan Jang Jonghyun dan satu daripada Kim Hyeonhong pada aksi di Stadium Hoki Azlan Shah itu.

“Sejak mengambil alih pasukan saya tidak pernah menyalahkan pemain. Bagaimanapun saya tidak dapat mengelak menyalahkan Hafizuddin kali ini kerana menjadi punca kekalahan.

“Saya sungguh kecewa dengan persembahannya. Dia perlu perjelas kepada rakan sepasukan mengenai tiga gol daripada pukulan sudut penalti itu,” kata Arul kepada pemberita.

Jurulatih itu juga mengakui, pemain-pemain Malaysian Tigers beraksi di bawah tahap sebenar sehingga membolehkan lawan menguasai permainan.

Justeru Arul menggesa anak-anak buahnya agar segera melupakan igauan buruk di tangan Korea Selatan itu untuk aksi kedua menentang Pakistan malam ini.

“Kita tiada pilihan melainkan menang ke atas Pakistan. Saya kena buat kerja rumah bagi meletakkan kembali pasukan di landasan betul selepas kekalahan ini.

“Saya tidak kisah apa yang berlaku kepada lawan kerana bagi saya menjaga dan ‘membersih’ rumah sendiri adalah penting,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI