fbpx

Lewandowski ledak gol julang Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY berjaya meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan buat Barca ketika menewaskan Valencia awal pagi semalam. – AFP

VALENCIA – Jurulatih Barcelona, Xavi mengakui anak-anak buahnya terpaksa berdepan situa­si mendebarkan sebelum dapat memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Valencia awal pagi semalam.

Perlawanan berkenaan seperti akan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun Ro­bert Lewandowski muncul wira apabila menghasilkan gol pen­ting pada masa tambahan.

Keputusan itu jelas menjadi detik terbaik buat Barcelona selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan Xavi menegaskan sikap pemain yang tidak berputus asa menjadi tonik kepada pencapaian pasukannya kali ini.

“Ia menjadi kemenangan penting buat kami. Walaupun jaringan itu terhasil pada minit-minit terakhir, ia menunjukkan kami tidak pernah berputus asa. Sebenarnya kami bermain de­ngan penuh kebimbangan kerana keputusan di Liga Juara-Juara turut beri kesan kepada kami.

“Akibat itu, kami sentiasa me­lakukan keputusan yang silap. Ia bukanlah perlawanan yang sukar, namun kami belum cukup baik untuk memenangi perlawanan dengan mudah.

“Namun, kami sebenarnya tetap pasukan yang lebih baik dan berhak untuk meraih kemenangan ini,” katanya.

Gol kemenangan Lewandow­ski itu membolehkan penyerang dari Poland itu merekodkan 13 gol musim ini, berkelebihan enam gol berbanding pencabar terdekat senarai penjaring, Borja Iglesias (Real Betis) dan Joselu (Espanyol), kedua-duanya mengumpul tujuh gol.

“Jaringan Lewandowski cukup berkualiti dan dia sentiasa hadir untuk mencipta kelainan,” ujar Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI