fbpx

Sorok muka, Ameera Khan pula jadi Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA kini, Ameera Khan masih belum kembali menggunakan media sosial.

CERITA tentang wajah sipi-sipi Muhammad Bilal baru sahaja reda dalam kalangan pengguna media sosial.

Bertukar baton, kini nama Little Miss Khan (LMK) atau Ameera Khan pula menjadi bualan netizen.

Terkejut juga Diva mengapa namanya jadi sebutan. Rupa-rupanya Neelofa ada memuat naik foto LMK tetapi tidak mendedahkan bahagian muka.

“LMK. Sudah macam Bilal, tengok sipi-sipi sahaja boleh,” tulis Neelofa pada foto yang memaparkan bahagian belakang adiknya itu memakai tudung berwarna putih.

Sekurang-kurangnya peminat boleh juga melepas rindu melihat foto tersebut walaupun dari bahagian belakang.

Nampaknya LMK memang benar-benar memberi ruang dan masa untuk dirinya lari dari sorotan ramai. Bagus juga usaha sebegitu, terutama selepas dirinya sering menjadi perhatian umum dalam setiap perkara dilakukan.

Harap apa yang dicari dalam ‘tempoh bertenang’ ini ditemuinya.

DIVA: Sehari tidak buka dan melayan video dalam TikTok pun sudah rasa tidak keruan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI