fbpx

Pendakwa raya bebaskan 14 lelaki daripada tuduhan rogol berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di luar Mahkamah Majistret Krugersdorp pada 28 September lalu. - Gallo Images / Papi Morake

CAPE TOWN – Pendakwa raya Afrika Selatan membebaskan sekumpulan 14 lelaki yang didakwa memperkosa dan merompak beberapa kru filem wanita pada awal tahun ini mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya aktivis hak asasi wanita, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Mereka mengkritik polis tempatan atas kegagalan kes tersebut.

Jenayah kejam itu berlaku Julai lalu di sebuah lombong terbiar di bandar Krugersdorp, barat Johannesburg apabila sekumpulan lelaki, dipercayai pelombong haram, ditahan polis selepas menyerang dan memperkosa lapan wanita yang sedang merakam video muzik.

Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan (NPA) memberitahu, tuduhan jenayah rompakan dan rogol itu ditarik balik kerana ‘kekurangan bukti’ selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) gagal mengaitkan mana-mana lelaki terbabit dengan jenayah rogol.

Kumpulan 14 lelaki itu bagaimanapun berdepan pertuduhan berkaitan kesalahan imigresen kerana memasuki Afrika Selatan secara haram.

Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Kesaksamaan Gender Afrika Selatan meminta polis melancarkan semula siasatan.

“Kami benar-benar marah dengan perkembangan terbaharu ini. Mereka menangkap orang yang salah, sedangkan penjenayah sebenar masih bebas di luar sana,” kata jurucakap suruhanjaya tersebut, Javu Baloyi.

Apabila insiden itu terbongkar, ia mencetuskan protes ganas di sekitar Krugersdorp, dengan masyarakat tempatan menuduh pelombong itu melakukan jenayah semasa bekerja di lombong terbiar.

Penunjuk perasaan juga pergi ke lombong itu dan mengepung lokasi tersebut. Mereka membakar khemah dan harta benda lain di samping menyerang, menahan, dan menyerahkan pelombong-pelombong haram terbabit kepada polis.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 80 lelaki pada awalnya ditahan sebelum pertuduhan akhirnya dibuat terhadap 14 orang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI