fbpx

Dua penganggur curi sosej dan isi ketam jiran, ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Dua lelaki dipercayai penganggur ditahan selepas disyaki memecah masuk stor makanan milik jiran mereka di Kampung Ampang Campuran, di sini, pagi semalam.

Kegiatan kedua-dua suspek masing-masing berusia 21 dan 22 tahun itu dikesan jirannya, seorang suri rumah berusia 38 tahun, kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa mendapati jeriji pintu stor itu bengkok dipercayai ditendang suspek.

“Mangsa intai dari lubang pintu dan lihat suspek yang dikenali telah pecah masuk ke rumah sebelah.

“Sebelumnya, mangsa terdengar bunyi bising akibat jeriji besi stor makanan ditendang suspek yang cuba masuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu, suspek ditahan pada pukul 6 pagi semalam.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek telah mencuri sepeket sosej dan sepeket isi ketam bernilai RM30.

“Salah seorang suspek dikesan mempunyai satu rekod jenayah dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kesiksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI