fbpx

CCTV tunjuk bukti, bunyi bising angkara makhluk misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan makhluk misteri yang berjaya dirakam melalui CCTV rumah terbabit.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah memuat naik satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di aplikasi TikTok yang menunjukkan seekor makhluk misteri seolah-olah berlari di ruang tamu di Kampung Jawa, Klang.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh @mr.rambo, dia memuat naik video CCTV tersebut sebagai bukti selepas jirannya merungut mengatakan anaknya membuat bising pada tengah malam.

“Berlari-lari pula dia di tengah malam ya, orang bawah bising cik adik oi,” tulisnya di kapsyen video.

Video yang berdurasi 38 saat itu telah menerima sebanyak 218,600 tontonan dan menerima 5, 339 tanda suka serta 136 perkongsian.

Susulan perkongsian ini, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menghadapi situasi yang sama.

“Saya tinggal Pulau Pinang dulu macam ini juga. Pukul 12 malam, bunyi guli bertaburan tapi tingkat atas tiada orang. Jadi, faham-faham sendiri. Kakak tinggal dua tahun di situ, setiap malam dengar,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“Benda biasa kalau tinggal rumah ‘flat’. Sudah lali. Kadang-kadang bercakap dengan dia. Kenapa kau kacau aku, orang nak tidur, kau tak reti tidur ke?” tulis seorang pengguna yang lain.

“Pernah kena macam ini. Jiran bawah bising cakap kita “renovate” (ubahsuai) rumah padahal kita balik kampung,” ujar netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati orang yang bakal berpindah ke rumah supaya melakukan doa selamat supaya tidak diganggu dari sebarang makhluk mistik. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI