fbpx

PRU15: PH Perak tampil 15 muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmuni (duduk, tengah) bercakap pada sidang akhbar di Wisma Amanah, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pakatan Harapan (PH) menampilkan 15 muka baharu dari Parti Amanah Negara (Amanah) untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, kesemua 15 muka baharu itu adalah sebahagian daripada 26 nama calon yang diluluskan oleh Amanah Nasional bagi mewakili PH di Perak pada PRU15.

“Calon-calon yang disenaraikan adalah daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan serta kesediaan kami mengetengahkan calon-calon muda yang berpotensi untuk mencapai kemenangan di kerusi-kerusi ditandingi mereka.

“Kami juga mengesahkan pembahagian kerusi yang disenaraikan oleh Amanah Perak telah dimuktamadkan oleh Amanah Nasional berdasarkan pemakluman kepada semua calon dan kerusi bakal ditandingi mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

DUN yang menampilkan muka baharu ialah Pengkalan Hulu, Kota Tampan, Kubu Gajah, Gunung Semanggol, Lubok Merbau dan Manong.

Turut tersenarai ialah DUN Belanja, Ayer Kuning, Kampong Gajah, Rungkup serta Changkat Jong dan Behrang.

Sementara itu tiga Parlimen yang diwakili calon baharu ialah Larut, Bukit Gantang dan Parit.

Dalam pada itu, Asmuni yang merupakan penyandang DUN Manjoi akan mempertahankan kerusi tersebut, begitu juga penyandang Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Parlimen Lumut, Datuk Mohd. Hatta Md. Ramli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI