fbpx

KKM rancang tambah perkhidmatan ‘wound care’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin pada Persidangan Commonwealth & 4th Global Wound Conference di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah lagi perkhidmatan penjagaan luka (wound care) di peringkat komuniti dan rawatan ke rumah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut diambil berikutan ramai pesakit terutamanya pesakit terlantar tidak boleh datang ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Jadi mereka yang terlantar ini memerlukan perkhidmatan di rumah.

“Lebih banyak tumpuan akan diberi kepada perkhidmatan kesihatan di peringkat komuniti dan pesakit supaya mereka tak perlu datang ke hospital dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap di Majlis Perasmian Commonwealth & 4th Global Wound Conference 2022 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dunia untuk acara dunia, World Union of Wound Healing Societies Congress (WUWHS) 2026 di Abu Dhabi adalah satu penghormatan kepada negara.

“Selain itu pemilihan Presiden Malaysia Society of Wound Care Professionals (MSWCP), Prof. Dr. Hari Krishna sebagai presiden dalam acara WUWHS itu juga merupakan pengiktirafan besar kepada Malaysia terutamanya dalam bidang penjagaan luka.

“Kita dilihat menjadi antara negara peneraju dalam bidang woundcare,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI