fbpx

Jangkitan kulat pada manusia berisiko cetus wabak Penyakit X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH 300 juta orang menghadapi jangkitan kulat tahap serius setiap tahun. - Simon Townsley

GENEVA, Switzerland – Pakar-pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang jangkitan invasif kulat yang berisiko mencetuskan pandemik baharu terhadap umat manusia, digelar Penyakit X kerana ia kalis ubat antibiotik sedia ada, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Menurut mereka, risiko kematian akibat Penyakit X kepada manusia meningkat kerana semakin sukar untuk merawat jangkitan biasa yang disebabkan oleh kulat seperti Sariawan Faraj.

Peningkatan besar dalam aktiviti perjalanan rentas negara yang di samping pemanasan global mengakibatkan risiko penyakit itu menjadi lebih buruk, kata pakar-pakar WHO. 

Pakar-pakar perubatan menerbitkan senarai 19 kulat dengan risiko kritikal hingga sederhana. Daripada empat yang termasuk dalam senarai kritikal, patogen yang dikenali sebagai Cryptococcus neoformans disenaraikan sebagai ancaman paling besar.

Patogen yis yang mematikan itu boleh hidup di dalam tanah dan kayu dan mempunyai kadar kematian antara 41 hingga 61 peratus. 

Yis Candida auris turut tersenarai kerana mempunyai potensi wabak yang tinggi dan telah menjangkiti beberapa hospital. Ia mempunyai risiko kematian antara 29 hingga 53 peratus dan kalis terhadap kebanyakan ubat antikulat sedia ada.

Kedudukan ketiga dalam senarai kritikal ialah Aspergillus fumigatus iaitu kulat yang boleh dihidu sebelum merebak ke otak dan berpotensi membunuh mangsanya.

Ancaman terakhir ialah Candida albican. Kulat itu hidup bersama bakteria di dalam mulut dan usus manusia. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan jangkitan dengan cepat jika membiak.

“Jangkitan kulat semakin meningkat. Ia lebih kalis terhadap rawatan dan menjadi kebimbangan kesihatan awam di seluruh dunia,” kata penolong ketua pengarah rintangan antimikrob WHO, Dr. Hanan Balkhy.

Orang yang paling berisiko adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan terdahulu seperti kanser, AIDS, penyakit pernafasan kronik atau yang telah menjalani pemindahan organ. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI