fbpx

Berjimat belanja duit untuk beli lampin, susu khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti NORMAH yang terkena serangan strok bersama empat anaknya termasuk Muhammad Affirul Afandi yang merupakan OKU lembam di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Kuala Berang kelmarin.

HULU TERENGGANU – Kehidupan seorang tukang rumah bersama keluarga di Kuala Berang di sini berubah 360 darjah selepas isterinya diserang strok sejak le­bih sebulan lalu.

Mohd. Nasir Salleh, 53, berkata, serangan strok yang berlaku pada 17 September lalu itu menyebabkan Siti Normah Lebu, 45, kini hanya terlantar di katil.

“Anggota badannya menjadi lemah selain mulut mengherot. Ekoran masalah kesihatan, isteri terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja am di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu.

“Saya juga terpaksa mengambil cuti mengambil upah sebagai tukang rumah dengan pendapatan bulanan RM700 semata-mata untuk menjaganya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Besar di sini kelmarin.

Mohd. Nasir berkata, dia kini mengambil alih urusan menguruskan rumah tangga.

Katanya, anak sulung Muhammad Affirul Afandi, 23, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam dan se­ring diserang asma juga memerlukan pemerhatian khusus.

“Empat lagi anak saya yang berusia 11 hingga 20 tahun masih bersekolah termasuk seorang yang kini berada di sebuah institusi pengajian tinggi,” katanya.

Jelasnya, masalah kewangan menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kerusi roda dan alat bantu jalan selain terpaksa berjimat cermat membeli lampin pakai buang dan susu khas.

“Mujur ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudi memberi bantuan katil boleh laras. Anak sulung saya juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan,” katanya.

Orang ramai boleh me­nyumbang menerusi akaun bank Mohd. Nasir 1150041000072929 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 011-4029 8369.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI