fbpx

Ukraine desak negara Eropah tampung defisit bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelenskyy bercakap ketika sidang akhbar yang diadakan di Kiev, kelmarin. - AFP

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendesak negara-negara Eropah untuk menampung defisit bajet negara itu yang dianggarkan berjumlah AS$38 bilion (RM179.8 bilion) tahun depan dengan menyalahkan pencerobohan Russia sebagai penyebab kepada krisis ekonomi.

Gesaan itu disuarakan dalam satu persidangan mengenai pembinaan semula negara Ukraine di Berlin, Jerman, kelmarin, di mana Zelenskyy meminta bantuan kewangan disalurkan kepada Kiev selepas lapan bulan konflik peperangan berlaku.

“Pada persidangan ini, kita perlu membuat keputusan berkaitan bantuan untuk menampung defisit bajet Ukraine tahun depan.

“Ia satu jumlah yang signifikan iaitu defisit sebanyak AS$38 bilion (RM179.8 bilion),” kata Zelenskyy menerusi siaran video.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak agak mengesahkan huhungan antara kedua-dua negara.

Zelenskyy menerusi kenyataan di Twitter berkata, beliau dan Sunak mengadakan perbincangan yang hebat dan bersetuju untuk memulakan lembaran baharu dalam hubungan diplomatik Kiev-London.

“Perkara utama adalah sama, iaitu sokongan penuh (kepada Ukraine) untuk menghadapi serangan Russia,” ujarnya.

Downing Street dalam pada itu memberi jaminan sokongan penuh Britain kepada Ukraine. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI