fbpx

Tiga lelaki Vietnam maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam perut kapal di Tanjung Seratus di Rompin hari ini.

ROMPIN – Tiga lelaki warga Vietnam maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam sebuah kapal pengangkut pasir di Tanjung Seratus di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan pada pukul 1.52 pagi mendapati mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kapal.

“Mangsa didapati berada di dalam perut kapal dan keadaan ruang yang sempit menyukarkan urusan mengeluarkan mangsa.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Rompin berusaha mengeluarkan mangsa yang berada di dalam perut kapal pada waktu siang memandangkan sukar melakukan kerja dalam keadaan gelap,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azahari siasatan masih giat dilakukan dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenalpasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI