fbpx

Rani Kulup mahu ganti Anwar Ibrahim di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rani Kulup Abdullah beramah mesra dengan penduduk sekitar di Batu 4, Port Dickson hari ini.-ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON – Aktivis yang juga pesara tentera, Abdul Rani Kulup Abdullah mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN).

Beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya hendak bertanding demi rakyat di Port Dickson supaya mereka dapat mengundi untuk bawa saya ke Parlimen sekali gus mendapatkan kuasa demi membantu rakyat di sini.

“Sekiranya saya menang dan mempunyai kuasa nanti saya boleh menyelesaikan masalah. Saya pilih Port Dickson kerana tiada kawasan lain untuk bertanding. Saya ikhlas untuk membantu kerana memikirkan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abdul Rani yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan menetap di Gombak, Selangor itu menambah keputusannya itu juga adalah kerana hasratnya untuk menyelesaikan isu veteran tentera.

“Sejak 1973 hingga 1995 saya telah berkhidmat dalam tentera, selama 22 tahun perkhidmatan dan dengan jawatan terakhir sebagai Rejimental Sarjan Mejar di Kementerian Pertahanan.

“Saya juga berhasrat bertanding di sini untuk membantu veteran kerana saya difahamkan terdapat 80 hingga 90 peratus veteran tentera berada di Port Dickson ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI