fbpx

Guru lelaki tepek krim pelindung matahari jadi bahan ketawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan guru lelaki itu mengenakan krim di mukanya. - Instagram

JAKARTA – Seorang guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani di Indonesia menjadi sensasi internet apabila video memaparkan dia memakai krim pelindung sinaran matahari tular di media sosial, lapor laman Suara semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram @moodchanger.id, guru berkenaan memakai krim tersebut semasa berada dalam bilik guru sebelum sesi mengajar bermula.

“Apabila guru Pendidikan Jasmani memakai krim pelindung sinaran matahari, satu bilik menjadi kecoh,” demikian menurut keterangan pada video.

Meskipun diusik oleh rakan-rakan guru wanita lain, guru itu seperti tidak berasa terkesan malah meneruskan pemakaian krim seperti biasa.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang bersetuju dengan langkah perlindungan yang diambil guru lelaki itu.

“Semua orang perlu menjaga kesihatan kulit, tidak kira gender janji kulit sihat dan terpelihara,” komen seorang pengguna.

“Semua gender sama ada lelaki dan wanita berhak menjaga kulit masing-masing,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI