fbpx

30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gua Tempurung. Gambar hiasan

GOPENG – Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng di sini hari ini.

Difahamkan, hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.

“Kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang. Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI