fbpx

Perempuan menyerupai lelaki bakal jadi kesalahan syariah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd. Zakri.

KUALA TERENGGANU – Terengganu bercadang meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 dengan menambah empat seksyen baharu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang dijadual berlangsung bulan depan.

Empat seksyen baharu tersebut adalah kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, orang perempuan berlagak seperti lelaki dan persediaan melakukan liwat.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, cadangan pindaan itu merupakan hasil kajian dilakukan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah Terengganu.

Menurutnya, kajian itu mencadangkan pindaan 21 seksyen dan memasukkan empat seksyen serta dua subseksyen baharu.

“Beberapa enakmen telah dikaji dan telah akan dibuat penambahbaikan antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Begitu juga berkaitan dengan perkara timbal balas kerana peruntukan sedia ada, hanya lelaki berlagak perempuan sahaja dikira sebagai satu kesalahan. Pindaan terbaharu ini, perempuan berlagak lelaki juga satu kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada Forum Penambahbaikan dan Pemerkasaan Enakmen-Enakmen Syariah Terengganu.

Wan Mohd. Zakri berkata, pindaan tersebut juga menawarkan hukuman alternatif untuk peruntukan sedia ada.

Jelas beliau, hakim syarie akan diberi kuasa untuk membuat alternatif selain mandatori penjara seperti dihantar ke pusat jagaan diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi kesalahan tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI