fbpx

Lelaki niat lerai pergaduhan teruk dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa dipukul sekumpulan lelaki warga tempatan di Serendah, Hulu Selangor petang semalam.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga tempatan teruk dipukul sekumpulan lelaki setelah cuba meleraikan pergaduhan antara sepupunya dengan seorang lelaki di Serendah sekitar pukul 6 petang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua klip video pergaduhan tersebut tular di media sosial WhatsApp dengan kapsyen ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul mangsa sehingga terbaring berlumuran darah.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati pergaduhan ini berpunca daripada sepupu mangsa dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumah suspek.

“Suspek dikatakan telah menegur sepupu mangsa sehingga terjadinya pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian, mangsa pada awalnya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut kemudiannya dipukul oleh suspek.

Katanya, sepupunya lari meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek.

“Mangsa dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah dan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semua suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan tegas oleh pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat untuk membuat aduan ke balai polis berdekatan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI