fbpx

Joe Biden ‘sesat’ di taman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika pengawal keselamatan memberitahu arah yang sebenar kepada Biden, beliau sebaliknya mahu pergi ke arah lain. – CSPAN

WASHINGTON – Keadaan kesihatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila beliau dilihat  keliru ketika cuba kembali ke White House selepas  acara menanam pokok di bahagian South Lawn kediaman rasmi berkenaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan Biden mahu meninggalkan majlis yang diadakan sempena meraikan perkhidmatan ke-50 tahun penjaga laman White House, Dale Haney. 

Presiden tersebut dan Wanita Pertama, Jill Biden ketika itu baru sahaja menutup acara itu sebelum Biden dilihat berjalan ke arah yang salah.

Beliau kemudian berhenti seketika sambil bertanya kepada pasukannya: “Ke mana saya perlu pergi?”

Namun, ketika pengawal keselamatan memberitahu arah  sebenar kepadanya, Biden berkata bahawa beliau mahu pergi ke arah lain.

Momen janggal itu adalah terbaharu  dialami oleh Biden dalam tempoh beberapa bulan dengan sebilangan pihak mempersoalkan keadaan kesihatannya yang mungkin semakin merosot. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI