fbpx

Rishi Sunak ganti Liz Truss sebagai Perdana Menteri Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunak mendapat sokongan kukuh daripada lebih separuh anggota Parlimen Parti Konservatif. – AFP

LONDON – Rishi Sunak diumumkan bakal menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu selepas pesaingnya, Penny Mordaunt menarik diri pada saat-saat akhir sebelum proses pencalonan ditutup bagi pertarungan pemilihan kepimpinan Parti Konservatif, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Bekas canselor itu mendapat sokongan kukuh daripada lebih separuh anggota Parlimen Tory atau Parti Konservatif ketika Mordaunt bergelut untuk mendapatkan 100 sokongan bagi melayakkannya tercalon.

Mordaunt menerusi kenyataan di Twitter berkata, beliau berbangga kerana menjalankan kempen bagi pencalonan tersebut, namun Sunak menerima sokongan penuh daripadanya.

“Kita kini telah memilih Perdana Menteri yang seterusnya. Keputusan ini merupakan sesuatu yang bersejarah dan sekali lagi, ia menunjukkan kepelbagaian serta bakat parti ini.

“Rishi memiliki sokongan penuh daripada saya,” kata Mordaunt.

Sementara itu, ketika mengumumkan hanya seorang calon yang mendapat sokongan 100 anggota Parlimen, Pengerusi Jawatankuasa 1922, Graham Brady mengesahkan bahawa pemimpin baharu Parti Konservatif ialah Sunak.

Beliau yang berada di tempat kedua ketika menentang bekas Perdana Menteri, Liz Truss semasa musim panas lepas, mendapat pencalonan pada hujung minggu lalu daripada ahli Parlimen sayap kanan

Sunak, 42, akan menjadi Perdana Menteri Britain pertama yang berasal dari Benua Asia serta beragama Hindu, selain yang termuda dalam tempoh lebih satu abad.

Sunak pertama kali diundi sebagai anggota Parlimen pada 2015 dan mengambil masa selama dua tahun berada di barisan belakang ketika isu Brexit mendominasi agenda politik Britain.

Beliau meraih populariti ketika minggu-minggu awal pandemik selepas mengumumkan pelan sokongan kukuh untuk rakyat yang tidak dapat bekerja ketika perintah berkurung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI