fbpx

Pemandu maut, lori sawit terbabas ketika turun bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut selepas lori dipandunya terbabas di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang semalam. - Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori yang membawa muatan sawit maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Lojing di sini semalam.

Nahas kira-kira pukul 9.15 malam itu, mengorbankan Badrul Hisham Kamaruddin, 24, yang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu lori jenis Hino sedang dalam perjalanan dari arah Lojing menghala ke Gua Musang.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai hilang kawalan semasa menuruni kawasan bukit.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Pek Timur, Machang itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari lori yang dipandunya.

“Insiden itu menyebabkan kepala mangsa terhentak pada permukaan jalan. Lori dipandu mangsa pula terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI