fbpx

229 kompaun kesalahan merokok RM53,850 dalam dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengenakan kompaun kepada individu yang merokok di tempat awam di Kuantan semalam.

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengeluarkan 229 kompaun bernilai RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok di tempat awam dalam operasi selama dua hari yang berakhir semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, operasi disertai 78 pegawai penguatkuasa itu melibatkan 372 lokasi tumpuan awam di daerah Kuantan dan Bentong.

“Kita mengesan pelbagai kesalahan merokok di tempat larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok serta penjualan rokok yang tidak mengikut peraturan.

“Menerusi operasi ini seramai 27 orang belum dewasa juga telah diberikan notis kompaun kerana didapati merokok, menghisap rokok elektronik atau memiliki hasil tembakau,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua individu bawah umur dikenakan kompaun minimum RM50 dan diberi nasihat agar berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu Nor Azimi berkata, dari Januari hingga 22 Oktober tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah mengeluarkan 7,645 kompaun kerana kesalahan merokok dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.83 juta.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok.

“Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang jomquit.com,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI