fbpx

Elon Musk hilang lebih RM473.8 bilion kurang setahun – Forbes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk kehilangan satu pertiga daripada nilai kekayaannya sejak November 2021. - AFP

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kehilangan lebih AS$100 bilion (RM473.8 bilion) dalam tempoh kurang dari setahun, lapor laman berita RT semalam.

Menurut laporan majalah Forbes Jumaat lalu, nilai kekayaan Musk berkurangan hampir 35 peratus daripada AS$320.3 bilion (RM1.51 trilion) pada November tahun lalu kepada AS$209.4 bilion (RM992.14 bilion) pada Khamis lalu.

Forbes berkata, penurunan itu berlaku terutamanya disebabkan oleh kejatuhan mendadak dalam harga saham Tesla. Nilai kekayaan Musk turun AS$28 bilion (RM132.7 bilion) pada bulan ini sahaja.

“Beliau (Musk) menjual kereta berharga tinggi, jadi satu kemelesetan tidak akan baik untuk perniagaannya,” kata ketua strategi pasaran dari syarikat perundingan pelaburan  Miller Tabak + Co., Matt Maley dalam e-melnya kepada Forbes. 

Rancangan Musk untuk membeli Twitter dengan menjual saham Tesla menyebabkan pelabur percaya bahawa beliau melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membayar lebih, tambah Forbes.

Walaupun merekodkan penurunan dalam nilai kekayaannya, Musk masih orang terkaya di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI