fbpx

Arbolino raih kemenangan ketiga musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pelumba pasukan Marc VDS Racing, Tony Arbolino berjaya membuktikan kemampuannya sebagai antara pelumba terbaik selepas memenangi perlumbaan Moto2 pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Dia yang memulakan perlumbaan di petak kedua memastikan kemenangan menjadi miliknya apabila menamatkan aksi 18 pusingan itu menerusi catatan masa 30 minit 25.333 saat (s) menewaskan Alonso Lopez dari pasukan Beta Tools Speed Up di tempat kedua.

Pelumba Itali itu menyuarakan rasa puas hati apabila dapat membuktikan dia antara pelumba terbaik dalam kelas Moto2 selepas perlumbaan di Sepang menjadi kemenangan ketiganya musim ini.

“Dalam kepala saya sepanjang perlumbaan hari ini adalah untuk buktikan kepada semua pihak yang meragui kemampuan saya. Menerusi kemenangan ini, boleh dikatakan saya adalah antara yang terbaik dalam Moto2.

“Dari awal perlumbaan lagi, hanya perkara ini yang menjadi sasaran dan saya gembira kerana dapat melakukannya. Terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera terbaik sepanjang minggu ini,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Mengiringi Arbolino dan Lopez di podium adalah pelumba pasukan Aspar, Jake Dixon yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga selepas bekerja keras sepanjang saingan berlangsung.

Sementara itu, hasrat pelumba Jepun, Ai Ogura dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia untuk melebarkan kedudukan dalam senarai kejuaraan dunia tidak tertunai apabila dia terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Justeru, pencabar terdekatnya dari pasukan Red Bull KTM, Augusto Fernandez yang menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan memintas kedudukan Ogura sebagai pendahulu kejuaraan dengan perbezaan 9.5 mata selepas mengumpul 251.5 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI