fbpx

Irmohizam terima anugerah kecemerlangan GMBF 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam.

PETALING JAYA – Pengerusi Persidangan & Pameran, Ahli Majlis Penasihat Persatuan World Trade Centers Association dan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Ha­yat Kecemerlangan Perniagaan Muslim Global pada Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2022 baru-baru ini.

GMBF 2022 merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sarawak, Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik, Global One dan Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pertanian Islam.

Tema forum tahun ini ialah Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokus Semula, Menetapkan Semula & Memulihkan Era Pasca Pandemik, yang mana ucapan pembukaannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Rabu lalu.

Secara keseluruhan, lapan anugerah diberikan di bawah dua kategori, satu lagi ialah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang Muslim Global.

WTCKL dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Irmohizam atas penghormatan dan pengiktirafan berprestij berkenaan.

“Motivasi beliau dalam mene­rapkan teknologi dan inovasi telah membolehkan WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepatkan pertumbuhan kami dalam Acara Perniagaan dan segmen Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) terutamanya dalam mempromosikan elemen pelancongan mesra Muslim,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI