fbpx

Ubat bentuk sirap diharamkan di Indonesia buat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia meminta orang ramai yang sudah mengambil atau membeli apa-apa jenis ubat dalam bentuk sirap supaya berhenti menggunakan ubat itu buat sementara waktu, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Ia berikutan penguatkuasaan dekri baharu supaya farmasi dan petugas kesihatan di Indonesia tidak menjual atau memberi preskripsi ubat dalam bentuk cecair atau sirap berikutan kes masalah buah pinggang akut misteri yang melanda beberapa pesakit kanak-kanak baru-baru ini.

“Lebih baik berhenti mengambil ubat sirap sehingga kami menyelesaikan semua siasatan epidemiologi,” kata Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Rujukan Kementerian Kesihatan, Yanti Herman.

Menurut Yanti, orang ramai kini diharamkan membeli sirap ubat di kaunter. Selain itu, petugas kesihatan juga diminta untuk tidak memberi atau menjual ubat dalam bentuk sirap.

Yanti menyatakan pihaknya telah meningkatkan kesedaran mengenai penemuan masalah buah pinggang akut progresif atipikal yang kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak di Indonesia.

“Justeru, semua pengambilan ubat sirap ditangguhkan buat sementara waktu sehingga ada pengumuman rasmi daripada pemerintah mengikut perundangan terutamanya berkaitan sektor farmaseutikal,” katanya.

Sehingga semalam, 49 kanak-kanak di negara itu meninggal dunia akibat penyakit misteri terseut yang kemudiannya dinamakan gangguan buah pinggang akut progresif atipikal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI