fbpx

Tiga bulan batuk teruk, Ezzaty Abdullah masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZATY ABDULLAH

KUALA LUMPUR – Tiga bulan mengalami batuk teruk, pelakon Ezzaty Abdullah akhirnya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, semalam.

Suaminya, pelakon Azwan Kombos memberitahu Ezzaty dirujuk ke pusat perubatan selepas pemeriksaan X-ray mendapati keadaan paru-parunya tidak normal.

“Dia batuk-batuk sejak tiga bulan lalu hingga menganggu kerja dan aktiviti harian namun semalam baru sempat ke klinik sebab baru selesai penggambaran.

“Ketika di klinik doktor minta dia rujuk hospital untuk pemeriksaan pakar kerana melalui X-tray paru-paru dia tak cantik, ada lubang-lubang kecil.

“Doktor kata mungkin kesan batuk yang lama boleh memudaratkan paru-paru,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Azwan berkata, isterinya kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut dan akan mendapat keputusan tentang penyakit itu esok.

Dia juga berharap peminat dapat mendoakan agar kesihatan isterinya kembali pulih.

“Tadi doktor pakar sudah masukkan kamera ke paru-paru dan keputusan lanjut mungkin keluar dalam masa terdekat.

“Saya harap tidak ada apa-apa yang serius dan doakan dia baik-baik sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI