fbpx

Pegawai khas seorang Datuk pula direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai khas kepada individu bergelar Datuk hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

Menurut sumber, penahanan lelaki berusia 38 tahun itu dibuat selepas seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk ditahan SPRM semalam.

Katanya, suspek ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Oktober depan selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Semalam, seorang Ketua Jabatan agensi kerajaan bergelar Datuk direman kerana dipercayai menerima rasuah dan menyalahguna kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

Perolehan empat buah kenderaan yang dibuat pada 2017 itu berjumlah lebih RM290,000 dan bertujuan untuk kegunaan sebuah program dilaksanakan agensi tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI