fbpx

Mahkamah: Saksi tidak setuju siasatan dikatakan berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-20 tidak bersetuju apabila dikatakan hanya melakukan siasatan berat sebelah dalam kes melibatkan pertuduhan terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada sesi petang, saksi itu yang merupakan Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superitendan Rohaini Baharom berkata, Siti Bainun ada peluang memberi maklumat kepada pihak polis berkaitan kecederaan Bella (kejadian berlaku di kondominium).

“Saya tidak bersetuju mengenai siasatan berat sebelah kerana Siti Bainun ada peluang bagi maklumat kepada pihak polis berkaitan kecederaan Bella,” katanya.

Sementara itu berhubung dengan satu video yang dirakam saksi pendakwaan pertama iaitu Zurianty Sudin pada 24 Jun 2021, saksi itu yang bertugas di Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menjawab dia tidak melihat video tersebut.

Pada prosiding 1 April lalu, Zurianty dalam keterangannya mengakui dia merupakan individu yang merakam Bella ketika berjumpanya di sebuah kondominium pada Jun tahun lepas.

Bagaimanapun, Rohaini bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia menjalankan siasatan kes tanpa melihat video itu, malah hanya berdasarkan laporan forensik melalui gambar-gambar tangkap layar pada 9 Ogos 2021.

“Saya boleh melakukan siasatan lebih menyeluruh berdasarkan gambar-gambar tangkap layar tersebut,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi 26 Oktober ini.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN