fbpx

Ko Sung-hee temui takdir cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KO SUNG-HEE

AKTRES popular, Ko Sung-hee, 22, mengejutkan ramai apabila mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Perkahwinan Sung-hee yang bakal berlangsung pada November turut di­sahkan agensinya pada 17 Oktober lalu.

Perkahwinan itu dikatakan akan berlangsung secara peribadi dan tertutup memandangkan tunangnya bukan dalam kalangan selebriti.

Malah, Sung-hee juga merahsiakan perkhabaran mengenai perkahwinannya daripada orang ramai dan hanya berkongsi kisah hari bahagianya dengan keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

“Saya memutuskan untuk berkahwin kerana takdir dan cinta yang saya rasa apabila bersama tunang saya,” kata Sung-hee.

Menurut sumber pula, segala persiapan telah disiapkan agar upacara tersebut berjalan dengan lancar memandangkan hari tersebut merupakan peristiwa paling penting buat pelakon muda terbabit.

Sekadar info, Sung-hee merupakan antara aktres papan atas di Korea Selatan yang membuat penampilan pertama pada tahun 2013.

Sejak daripada itu dia membintangi beberapa drama hits seperti My Holo Love, Suits, Trade Your Love, While You Were Sleeping dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI