fbpx
Sebuah premis menjual telur telah meletakkan notis bertulis tidak dapat beroperasi buat sementara waktu disebabkan kekurangan bekalan ketika tinjauan telur di Pasar Chow Kit, Jalan Raja Alang di Kuala Lumpur semalam. – GAMBAR AMIR KHALID

‘Pembekal untung, kami yang rugi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketiadaan bekalan telur di beberapa ne­geri termasuk Kuala Lumpur telah meresahkan pengguna dan peniaga runcit sejak sebulan lalu.

Pelbagai alasan diberikan oleh pembekal termasuk ayam di ladang banyak yang sakit sehingga menjejaskan pengeluaran telur.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Pagi Chow Kit, Kuala Lumpur mendapati keseluruhan kedai runcit yang menjual telur telah ditutup akibat terputus bekalan.

Menurut pemilik kedai runcit yang tidak mahu dikenali, ketiadaan bekalan telur telah berlaku sejak sebulan lalu.

“Ketiadaan bekalan telur kerap berlaku, setiap kali tanya pembekal, mereka mengatakan bahawa ayam sakit,” katanya.

Seorang peniaga runcit, Irawati, 39, mengatakan bahawa beliau terpaksa datang ke Pasar Chow Kit dari Ijok, Kuala Selangor ke­rana ketiadaan bekalan telur di sekitar kawasannya.

“Saya berniaga di Ijok, namun datang ke Pasar Chow Kit untuk mencari bekalan telur dan saya tidak sangka bahawa di sini bekalan telur tiada.

“Kebiasaannya, akan ada pembekal hantar bekalan telur di kedai saya, namun sekarang sudah tiada. Saya rasa kenaikan harga barang yang menyebabkan telur susah dapat,” jelas Irawati.

Kata Irawati lagi, harga telur yang dijual di premisnya pada enam bulan lepas cuma RM12.50 satu papan sebelum kehabisan bekalan.

Seorang individu yang ingin dikenali sebagai Nur, 52, berkata dia turut terjejas dengan ketiadaan bekalan telur.

“Semalam saya pusing satu Chow Kit, pusing semua tempat memang tiada bekalan telur. Kemudian, kebetulan saya ternampak lori tengah turunkan telur di sebuah kedai, saya terus pergi ke sana,” kata Nur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN