fbpx

Iran bantu bekalkan misil kepada Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu Fateh-110 dilancarkan dalam satu latihan tentera di Iran pada 2012. – EurAsian Times

TEHRAN – Kerajaan Iran dilaporkan akan menghantar bekalan peluru berpandu kepada Russia selepas askar Kremlin didakwa kehabisan senjatanya pada kadar yang banyak, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Satu perjanjian antara kedua-dua rejim  dimeterai bulan lalu bagi membolehkan Teheran membekalkan peluru termasuk misil kepada Moscow sekali gus yang pertama sejak perang di Ukraine bermula akhir Februari lalu, lapor akhbar The Washington Post.

Syarikat-syarikat pembuatan Iran dikatakan sedang menyediakan peluru berpandu Fateh-110 dan Zolfaghar untuk dibekalkan kepada Russia.

Misil permukaan ke permukaan itu dikatakan boleh menyerang sasaran pada jarak sehingga 700 kilometer.

Minggu lalu, Pengarah Risikan Amerika Syarikat, Morgan Muir berkata, tentera Kremlin telah kehabisan lebih 6,000 unit peralatan senjata dan ia menggunakan peluru pada kadar yang banyak.

Muir berkata, sekatan Barat turut memaksa Russia untuk mengimport peralatan senjata elektronik daripada Korea Utara dan Iran.

Menteri Luar Iran pada  Sabtu lalu menjelaskan bahawa negara itu tidak akan membekalkan senjata kepada Russia mahupun Ukraine.

Namun, beberapa tokoh kanan Teheran dilaporkan memeterai perjanjian dengan tentera Presiden Vladimir Putin dalam satu mesyuarat penting bulan lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI