fbpx

Luna Maya gembira Ariel Noah ada kekasih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA mendedahkan Ariel kini sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang tidak didedahkan identititinya.

PELAKON jelita Indonesia, Luna Maya mendedahkan bekas kekasihnya Ariel Noah kini sedang hangat bercinta dengan kekasih baharunya.

Luna menerusi YouTube Crazy Nikmal Real milik Nikita Mirzani memberitahu, penyanyi lagu Mungkin Nanti itu sudah tidak lagi berkongsi cerita dengannya.

“Ariel sudah ada kekasih. Dia sudah tidak ada curhat (curahan hati) dengan saya. Banyak bercakap dengan kekasihnya,” ujar Luna.

Luna bagaimanapun tidak memperincikan identiti wanita di hati Ariel.

Pelakon filem Suzana: Bernapas Dalam Kubur ini menambah dia gembira dengan perkembangan tersebut dan sentiasa mendoakan kebahagiaan lelaki yang pernah lima berkongsi cinta dengannya itu.

“Tidak apa-apa, kami kawan baik. Kita gembira sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI