fbpx

Lobak tidak kurangkan rabun, hanya propaganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tanggapan bahawa makan lobak boleh mengelakkan rabun hanya mitos, bahkan ia perlu diperbetulkan.

Menerusi penerangan Twitter MedTweetMY, mitos makan lobak boleh membantu penglihatan bermula dari kempen propaganda semasa perang dunia kedua.

“Dikatakan menteri British ketika itu memberitahu akhbar bahawa seorang juruterbang bernama Cunninghams berjaya menembak musuh kerana memakan banyak lobak.

“Jadi, benarkah lobak menajamkan penglihatan seperti apa yang diperkatakan? Perlu tahu bahawa lobak mengandungi tinggi vitamin A kerana adanya Carotene. Sebab itu lobak berwarna jingga kemerahan,” katanya pada hantaran tersebut.

Jelasnya lagi, memakan banyak lobak tetap juga rabun kerana tiada kaitan antara pemakanan lobak dgn mengurangkan rabun.

“Sebaliknya pengambilan lobak berlebihan akan menyebabkan berlaku pigmentasi oren kekuningan di bawah kulit dan keadaan ini dinamakan Carotenemia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI