fbpx

Banyak flat di Johor tak terurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jafni menyampaikan sumbangan kepada sempena Perayaan Deepali di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai.

KULAI – Dianggarkan lebih 100 buat flat awam di negeri ini tidak diuruskan dengan baik berpunca daripada sistem pengurusan bangunan yang tidak cekap hingga menyebabkan penghuni tinggal dalam keadaan tidak selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, bagi mengatasi isu ini, kerajaan Negeri bakal menubuhkan pasukan petugas untuk memantau masalah pengurusan bangunan yang wujud ini.

Beliau berkata, itu merupakan inisiatif kerajaan Negeri dalam memastikan penghuni di kesemua 130 flat awam di negeri ini hidup dalam keadaan selesa dan dilengkapi kemudahan yang terurus.

“Kami mendapati terdapat flat awam di negeri ini berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mempunyai badan pengurusan khusus menjadi kawasan tersebut hingga tempoh 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Perayaan Deepavali anjuran Yayasan Sejahtera Kulai, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dengan kerjasama MIC Bahagian Kulai di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Jafni memberitahu, antara masalah yang berlaku ialah hanya 30 hingga 40 peratus penduduk sahaja yang menjelaskan yuran penyelenggaraan kepada jawatankuasa yang diwujudkan badan pengurusan.

Katanya, timbul juga isu apabila sebahagian pengerusi jawatankuasa yang dilantik menyalah guna kuasa dan tidak membuat pembayaran cukai pintu dan jawatankuasa yang mengambil alih terpaksa mewarisi beban yang ditinggalkan.

“Setakat ini, kerajaan Pusat membelanjakan sebanyak RM30 juta bagi membaik pulih kemudahan termasuk lif di Pangsapuri Lebuh Raya Penyuraian Timur dan RM13 juta untuk kerja penambahbaikan di Flat Saujana, di sini,” katanya.

Tambahnya, pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) tidak berdepan dengan isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI