fbpx

Gelek Bollywood Syafie, Afifah bikin cair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE dan Afifah sering menghiburkan peminat dengan aksi tarian yang mengasyikkan.

UMUM tahu, Syafie Naswip merupakan peminat lagu-lagu Bollywood.

Terbaharu, dia membuatkan ramai terpukau apabila muncul menari bersama rakan baiknya, Afifah Nasir dalam sebuah video.

Memukau ramai dengan lagu Meri Jaan daripada filem Gangubai Kathiawadi, dua pelakon itu saling tidak tumpah seperti penari profesional.

Disebabkan tarian tersebut, ramai juga yang menggelar mereka sebagai Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif Malaysia.

“Memang cair setiap kali melihat mereka berdua menari bersama. Pasangan Bollywood Malaysia!” komen seorang netizen.

“Mereka sudah boleh jadi penari. Lembut sangat Afifah menari,” puji seorang lagi netizen.

Sehingga kini, tarian memukau kedua-dua pelakon itu ditonton lebih 300,000 pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI