fbpx

PU Syed mohon maaf daripada Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Syed berserah kepada Allah dan bersedia dengan segala kemungkinan sebagaimana yang diperkatakan oleh Caprice kepadanya.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Caprice berhubung dakwaan mengaitkan aurat isteri penyanyi rap itu dalam satu hantaran media sosial.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, dia memohon maaf sekiranya kenyataan dibuatnya memberi kesan buruk terhadap reputasi pelantun lagu Lenglui itu.

“Ambe dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika disana ada unsur-unsur negatif dan menganggu kehidupannya dan isteri.

“Pada masa sama, ambe masih berharap agar sesuatu kes yg sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baharu melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan ke muka pengadilan,” coretnya menerusi Facebook.

PU Syed juga memaklumkan, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 34, ingin mendedahkan ‘sesuatu’ berkenaan dirinya.

“Tentang diri ambe (saya) yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepadanya untuk terus dedahkan atau tidak.

“Permohonan maaf ini bukanlah bermakna ambe nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara.

“Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya. Insya-Allah,” coretnya lagi dalam entri yang sama.

Terdahulu, Caprice menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam daripada pendakwah bebas itu selepas dia menyentuh tentang aurat isterinya apabila dia berkobar-kobar melakukan pembongkaran tentang satu isu jenayah seksual melibatkan seorang pendakwah lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI