fbpx

‘Konsep payung’ akses mudah untuk vendor PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suriani (lima dari kanan), dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd, Datuk Azman Ismail (lima dari kiri), bergambar bersama vendor pada Majlis Pelancaran ‘PLUS Procurement Day’ dan Penyampaian Sijil Pengiktirafan Prestasi Vendor 2022, di Persada PLUS, di sini hari ini.

PETALING JAYA – Inisiatif program pembiayaan vendor perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi memudahkan akses kepada pembiayaan vendor bumiputera Program Pembangunan Vendor (PPV) melalui ‘konsep payung’.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk Suriani Ahmad berkata, kerjasama strategik di antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi kewangan sebagai rakan kongsi itu mampu mewujudkan penyelesaian kewangan berdaya maju.

“Konsep payung yang diperkenalkan Kuskop ini boleh dilaksanakan apabila GLC bersedia menjadi penjamin kepada vendor-vendor ini mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan terlibat.

“Dengan ini, vendor akan mempunyai akses kepada kemudahan pembiayaan yang memenuhi keperluan khusus GLC untuk melaksanakan kewajipan kontrak mereka,” katanya.

Melalui pelaksanaan ‘konsep payung’ ini juga katanya, keupayaan kewangan GLC yang kukuh boleh dijadikan sandaran kepada vendor lantikan mereka untuk memenuhi keperluan kontrak GLC.

“Inisiatif ini juga akan beri keyakinan kepada institusi kewangan dalam memberi pinjaman kepada syarikat vendor. Ekosistem ini akan membantu kelestarian ketiga-tiga pihak iaitu GLC, vendor dan institusi kewangan dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Kuskop, Tan Sri Noh Omar di Majlis Plus Procurement Day 2022 di Dewan Bankuet Persada Plus, di sini, tengah hari tadi.

Dalam majlis tersebut seramai 16 vendor yang telah mencapai prestasi cemerlang memberi perkhidmatan kepada Plus telah menerima Sijil Pengiktirafan Prestasi Vendor Plus 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI