fbpx

Dua hospital KPJ Healthcare terima anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhaizam (kanan, depan) pada majlis penyampaian anugerah kepada KPJ Healthcare di Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dua hospital utama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) iaitu  Hospital Pakar KPJ Johor dan Hospital Pakar KPJ Selangor telah dinobatkan sebagai penerima anugerah kecemerlangan untuk jaminan kualiti Institusi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).

Anugerah tersebut telah diterima Kumpulan  bersempena Konvensyen QA Kebangsaan 2022 ke-11 di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammad berkata, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Hospital KPJ yang berterusan dan konsistensi dalam membudayakan penambahbaikan kualiti dalam segenap operasi.

“Anugerah ini merupakan bukti daripada usaha petugas barisan hadapan dan setiap warga kerja berkebolehan tinggi di KPJ Healthcare. 

“Kejayaan ini adalah hasil dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan standard perkhidmatan kami yang tinggi sentiasa dipatuhi, tanpa menjejaskan penyampaian, kualiti dan integriti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Anugerah tersebut adalah julung kali diperkenalkan tahun ini dengan memberikan pengiktirafan kepada hospital-hospital yang memenuhi kriteria kecemerlangan akreditasi dalam aspek jaminan kualiti institusi yang ditetapkan oleh MSQH. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI