fbpx

Annuar Musa serah nasib kepada pucuk pimpinan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tiga dari kiri) menyampaikan peranti elektronik kepada pelajar universiti pada Program Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di SMK Melor, Ketereh hari ini. - Foto oleh ROSMIZAM RESDI

KOTA BHARU – Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kawasan yang bakal ditandingi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, UMNO yang bersama dalam gabungan Barisan Nasional (BN) mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk menentukan calon terbaik yang akan bertanding di satu-satu kawasan dan perkara itu tertulis dalam perlembagaan parti.

“Jadi, kita (UMNO Bahagian Ketereh) telah mencadangkan nama calon untuk PRU15 nanti, namun semua itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Saya berkhidmat atas parti. Sekiranya parti merasakan saya boleh membantu memberi kemenangan dan diminta untuk bertanding, saya bersedia untuk bertanding,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Annuar, BN dan UMNO secara umumnya berada pada tahap 80 peratus untuk berdepan PRU15.

Katanya, BN dilihat akan tampil dengan satu formula politik yang sangat meyakinkan dalam menghadapi pilihan raya.

Katanya, Majlis Tertinggi UMNO juga telah melaksanakan semua perkara-perkara ulasan dan pucuk pimpinan sedang membuat ketetapan akhir termasuk berunding dengan parti-parti lain untuk menyusun strategi.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dan insya-Allah BN dan parti yang bersama dengan kita akan tampil dengan formula politik yang sangat menyakinkan berdasarkan kepada trek rekod kita yang ada sebelum ini.

“Saya percaya BN mempunyai satu kelebihan dalam banyak sudut sebagai satu pilihan rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI