fbpx

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pelakon utama dan pengarah Mat Kilau disahkan tidak terlibat dalam prekuel filem tersebut yang dijangka memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini atau awal 2023.

BANGI – Pelakon Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan pengarah Syamsul Yusof disahkan tiada dalam filem prekuel Mat Kilau oleh penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali.

Menurut Abdul Rahman, ketiadaan dua pelakon utama filem tersebut kerana watak mereka tiada kena mengena dengan jalan cerita prekuel Mat Kilau.

Sementara, ketiadaan Syamsul pula disebabkan pihaknya mahu memberi peluang kepada pengarah lain.

“Memang ada beberapa pelakon sudah ditawarkan watak kecuali Adi Putra dan Beto kerana watak mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel itu.

“Kami tiada masalah cuma kali ini mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara,” kata Abdul Rahman.

PENERBIT Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali. 

Ditebak adakah ketiadaan ketiga-tiga tunjang utama filem Mat Kilau itu disebabkan hubungan keruh antara mereka, Abdul Rahman bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Kami tiada masalah dan bersikap profesional. Tetapi kami memang sudah lama tidak berkomunikasi kerana masing-masing sibuk,” ujar Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mendedahkan prekuel filem Mat Kilau akan menjalani penggambaran pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Abdul Rahman yang ditemui pada majlis santai Studio Kembara bersama media sebentar tadi turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan parodi Mat Kilau.

Filem Mat Kilau yang mendapat kutipan sebanyak RM97 juta mencipta rekod sebagai karya tempatan yang mencapai kutipan tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI