fbpx

USIM terima 2,456 pelajar baharu Sarjana Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifudin (empat kiri) beramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar baharu pada program Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 di USIM, Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seramai 2,456 orang pelajar baharu bagi pengambilan Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar secara fizikal bermula hari ini sehingga esok.

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, daripada jumlah itu, ia melibatkan seramai 1,686 orang pelajar wanita dan 770 orang pelajar lelaki yang mendaftar.

“Seramai 2,456 pelajar mendaftar secara fizikal dan ia berjalan lancar hari ini. Kesemua pelajar telah mula melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian mulai 7 hingga 11 Oktober lalu.

“Mereka akan menjalani Program Ta’aruf secara dalam talian menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM dan fizikal mulai hari ini sehingga 16 Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini hari ini.

Menurut Sharifudin, pada pendaftaran kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menerima pelajar paling ramai meliputi 600 orang pelajar dalam Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah manakala Ijazah Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) melibatkan seramai 100 pelajar baharu.

“Dua program ini menerima sambutan yang agak baik. Alhamdulillah, program Quran dan Sunnah serta Shariah (Industri Halal) telah menerima sambutan selama empat tahun.

“Ini termasuk mereka akan melanjutkan pelajaran dalam Syariah (Industri Halal) selama tiga tahun manakala satu tahun dalam industri,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifudin menjelaskan, kesemua pelajar terlibat akan ditempatkan di empat lokasi kolej kediaman di universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI