fbpx

Khairy Jamaluddin kekal beri sokongan Dasar Generasi Penamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin melawat ruang pameran pemakanan sihat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan terus menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) dan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sekiranya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen selepas ini.

Katanya, RUU berkenaan merupakan agenda penting kepada negara selain telah melalui proses Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

“Saya akan terus menyokong supaya GEG ini dibawa ke Parlimen dalam apa jua kedudukan saya selepas ini mungkin sebagai ahli Parlimen, mungkin sebagai rakyat biasa.

“Saya (juga) akan terus ‘push’ supaya kerajaan baharu membawa RUU itu sebab ia dah baik, mungkin pada awalnya ada sedikit cadangan untuk buat pindaan dan kita dah lalui proses bipartisan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan Pelancaran Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim&Fit di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak tunduk kepada syarikat tembakau.

“Saya harap kerajaan baharu yang akan dibentuk dan menteri kesihatan baharu selepas pilihan raya tidak akan tunduk kepada syarikat tembakau dan syarikat syarikat yang terbabit dalam penjualan produk rokok.

“Sebab mereka telah banyak mempengaruhi (ahli) Parlimen sedia ada dan juga dalam media yang menakutkan rakyat terhadap RUU ini dan saya harap kita jangan jadi tawanan (captive) kepada syarikat tembakau ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI