fbpx

Mahkamah: Buruh curi iPhone didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM3,000 sebaik mengaku bersalah mencuri iPhone di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri sebelum melupuskan sebuah telefon pintar jenama iPhone milik seorang pengunjung sebuah karnival makanan Thailand pada awal bulan ini, seorang buruh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Marzuki Mamat, 45, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukrie.

Berdasarkan pertuduhan, Marzuki didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenama iPhone daripada salah seorang pengunjung di sebuah karnival makanan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tapak karnival di Batu Burok di sini pada 3 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa kemudiannya melupuskan telefon bimbit itu dengan menjual gajet tersebut kepada salah seorang rakannya.

Marzuki didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM3,000 berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN