fbpx

Kriti Sanon tolak adegan ranjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRITI SANON

AKTRES jelita Kriti Sanon pernah menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem arahan pengarah terkenal Karan Johar. Semuanya gara-gara dia dituntut melakonkan babak intim dalam filem tersebut

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, dia sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk berlakon dalam filem berjudul Lust Stories itu, namun terpaksa menolak kerana ibunya melarang dia melakukan adegan sebegitu.

“Siapa yang tidak mahu berlakon dalam filem arahan Karan Johar kan? Semua pelakon menginginkannya termasuk saya.

“Namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ibu tidak membenarkannya,” ujar Kriti.

Meskipun sedih, aktres itu terpaksa akur dengan kehendak ibunya lebih-lebih lagi dia telah berjanji kepada orang tuanya untuk tidak membawakan babak intim dalam lakonan.

Tempat Kriti kemudiannya diganti oleh Kiara Advani sekali gus meledakkan namanya dalam industri perfileman Bollywood.

Selepas menolak tawaran membintangi filem Lust Stories, Kriti kemudiannya ditawarkan berlakon dalam filem berjudul Bachchhan Paandey bersama aktor Akshay Kumar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI