fbpx

76 maut bot terlebih muatan terbalik di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengangkat mayat seorang lelaki dalam satu lagi kejadian bot terbalik di Sungai Niger pada 26 Mei 2021. – AFP

ABUJA, NIGERIA – Seramai 76 orang terkorban selepas sebuah bot terbalik di sebatang sungai yang melimpah di negeri Anambra, kata Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari kelmarin.

Dianggarkan seramai 85 penumpang serta kru berada di atas bot yang membawa muatan berlebihan itu pada Jumaat lalu apabila banjir di Sungai Niger melimpah dan mengakibatkan bot tersebut terbalik.

“Bot dilaporkan membawa 85 orang itu terbalik akibat air banjir yang melimpah di kawasan Ogbaru dalam negeri Anambra. Perkhidmatan kecemasan mengesahkan kematian sebanyak 76 mangsa,” kata Muhammadu Buhari.

Beliau turut mengarahkan perkhidmatan kecemasan untuk menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa lain yang terlibat.

“Saya mendoakan kesejahteraan untuk roh semua mangsa yang terkorban dan untuk keselamatan setiap orang serta ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis ini,” tambahnya.

Awal kelmarin, perkhidmatan kecemasan Nigeria berkata, peningkatan paras air telah menyukarkan usaha menyelamat.

“Paras air amat tinggi dan sangat berisiko kepada kelancaran operasi mencari dan menyelamat,” kata penyelaras bahagian tenggara bagi Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Thickman Tanimu.

Menurut Tanimu, banjir itu adalah yang  paling buruk pernah dialami oleh Nigeria sejak bertahun-tahun dengan paras air sekitar satu persepuluh lebih tinggi berbanding sedekad lalu.

NEMA juga meminta Tentera Udara Nigeria agar menyediakan beberapa helikopter bagi tujuan operasi menyelamat.

Dalam pada itu, Gabenor Negeri Anambra, Charles Soludo menggesa penduduk di kawasan yang terjejas banjir supaya berpindah. Menurutnya, kerajaan akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam bencana alam tersebut. 

Kemalangan melibatkan bot kerap  berlaku di Nigeria disebabkan muatan berlebihan, bot dipandu laju atau kelemahan dalam penyelenggaraan serta pengabaian  peraturan navigasi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI