fbpx

Tinggalkan P Nation, Jessi buka agensi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSI

MENURUT laporan media Korea Selatan, penyanyi rap terkenal Jessi dilaporkan sedang dalam rangka persiapan membina sebuah agensi sendiri.

Ura-ura tersebut tercetus tidak sampai tiga bulan selepas penyanyi lagu Zoom itu meninggalkan agensi terdahulu, P Nation milik penyanyi popular PSY.

Selepas rasmi keluar daripada agensi berkenaan, Jessi memaklumkan kepada peminat bahawa dia ingin berehat seketika sebelum kembali aktif dengan perancangan baharu.

Laporan tentang pembukaan agensi baharu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa itulah yang dimaksudkan Jessi dengan ‘perancangan baharu’nya.

Mendengarkan khabar tersebut, ramai peminat meluahkan rasa teruja kerana tidak sabar melihat Jessi kembali dengan sesuatu yang mengujakan.

Terdahulu, Jessi mengejutkan ramai apabila tampil membuat keputusan mengundur diri daripada P Nation selepas tiga tahun bersama sejak Januari 2019.

Jessi merupakan artis pertama yang bernaung bawah P Nation yang beroperasi pada Oktober 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI